Seorang maut, empat cedera dua kenderaan bertembung

KAPIT: Seorang maut manakala empat cedera ringan, dua selamat apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda bertembung lori tiga tan di depan simpang Siew Gin di Kapit.

Dalam kejadian jam 5.30 petang pada Sabtu, pemandu kenderaan pacuan empat roda masuk ke laluan bertentangan di Jalan Bleteh menuju ke bandar Kapit.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Collin Minggu, 38, dari Rumah Lapek, Sungai Yong, penumpang kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu lori cuba menekan brek dan mengelak tetapi jarak terlalu dekat.

“Hospital Kapit memaklumkan mangsa meninggal dunia pada jam 7.39 petang. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya di sini semalam.

Suara Sarawak