ARTIKEL

Seorang patah kaki tiga cedera lori bertembung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR:  Seorang pemandu lori kargo patah kaki kanan selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori lain di Simpang Jalan Sing Ba di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, ketika kejadian mangsa, Ng Suon Chin, 24, dan rakannya, Eng Khye San, 23, dalam perjalanan dari Kuching ke Miri.

Bagaimana pun katanya, sebaik tiba di tempat kejadian lori mangsa bertembung dengan sebuah lori dari Sibu menghala ke Sarikei yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Pemandu dan kelindan lori yang masing-masing berusia 60 dan 42 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan. Kami menerima panggilan pada 3.34 petang dan tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian.

“Kita mengambil masa kira –kira 20 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit di pedal dan pintu sebelah pemandu. Sementara mangsa yang lain,  dapat dikeluarkan dengan bantuan tanpa peralatan penyelamat, ,” katanya.

Beliau berkata, kesemua  mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk menerima rawatan lanjut.

“Susulan itu, kami melakukan kerja pembersihan tumpuan minyak di atas jalan bagi memastikan laluan itu selamat untuk dilalui oleh kenderaan lain. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.07 petang.

“Sementara itu, lori yang terlibat kemalangan diangkat dengan menggunakan lori kren sebelum di bawa ke Balai Polis Bintangor.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU