ARTIKEL

Gambar hiasan

Seorang peguam ditahan terlibat rasuah RM1.6 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peguam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.6 juta daripada seorang usahawan, tengah hari semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu ditahan di sebuah restoran makanan segera sekitar Ipoh, Perak pada kira-kira 12 tengah hari selepas menerima wang tunai RM100,000 termasuk dua keping cek bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Sumber memaklumkan suspek, yang juga pemilik firma guaman, telah menghubungi mangsa kononnya dapat membantu menutup kes jenayah usahawan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, wang rasuah itu akan dibahagikan kepada beberapa individu penting di beberapa agensi kerajaan sebagai balasan membantu menutup siasatan kes jenayah yang dihadapi oleh usahawan berkenaan,” katanya.

Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri