ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota SFC dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Seorang pekerja mengaku salah miliki telur penyu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pekerja Lembaga Pengurusan Penyu dijatuhi hukuman denda
RM26,450 atau penjara enam bulan atas kesalahan memiliki 529 biji telur penyu spesis Chelonidae tanpa kebenaran.

Norashwan Sulaiman, 22, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Iris Awen Jon.

Mengikut pertuduhan, dia memiliki 529 biji telur penyu Chelonidae yang merupakan haiwan dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 tanpa lesen daripada pihak berkuasa.

Dia didakwa memiliki telur penyu itu di tepi jalan berhampiran Jeti Trusan Jaya, Sematan, sekitar jam 12.30 tengah hari, 11 Oktober 2023.

Oleh itu, Norashwan di bawah Seksyen 37(2)(a) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan dibaca bersama Seksyen 37(1) Kanun yang sama, serta boleh dihukum mengikut Seksyen 29 (1)(c) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 dan dibacakan bersama Seksyen 37(2)(a) ordinan yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara dua tahun dan denda RM20,000 bagi setiap haiwan dan setiap anggota haiwan.

Oleh sebab itu, Iris Awen menjatuhkan hukuman denda RM50 bagi setiap biji telur penyu yang dimilikinya.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, sepasukan anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak(SFC) telah melakukan serbuan di sebuah tapak berhampiran Jeti Trusan Jaya menahan seorang lelaki.

Semasa pemeriksaan, anggota SFC menjumpai dua beg kalis air bersilang milik tertuduh berisi telur penyu.

Pemeriksaan lanjut mendapati dia memiliki 261 biji telur penyu dalam beg silang berwarna hitam dan 268 biji telur penyu dalam beg silang berwarna biru.

Selain itu, dia juga gagal memberikan sebarang alasan munasabah dan kebenaran bertulis kepada pegawai hidupan liar untuk memiliki telur penyu berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Christie Sereni Philimon manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)