ARTIKEL

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin dalam kenyataan media berkata, pihaknya menerima laporan daripada Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng pada 11 Februari lalu berhubung gangguan melibatkan sekumpulan empat lelaki dalam satu majlis.

Menurut Andam, salah seorang suspek telah menolak individu itu sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian belakang kepalanya.

“Bertindak atas maklumat, pada 12 Februari kira- kira jam 6 petang, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Julau telah berjaya menangkap empat suspek lelaki.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati tiga daripada suspek postif dadah jenis benzodiazepines dan ketamin,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujarnya, pada Rabu lalu salah seorang suspek telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sarikei, manakala tiga orang lagi dijadikan sebagai saksi pendakwaan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Selain itu,tambahnya lagi, ketiga-tiga suspek turut didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan hendaklah serta-merta selepas menjalani hukuman yang dikenakan, menjalani pengawasan di bawah Seksyen 2 Penagih Dadah (Rawatan dan Akta Pemulihan 1983) untuk tempoh tidak kurang dua tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap