Seorang wanita dan dua lelaki disyaki tokan dadah ditangkap polis

MIRI: Seorang pensyarah wanita institusi pendidikan swasta dan dua lelaki yang disyaki tokan dadah ditahan polis bagi membantu siasatan penemuan dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM49,960.70 di dua lokasi serbuan berasingan, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Asisten Komisioner Jasmirol Jamaluddin berkata, kesemua dadah yang dirampas merangkumi 469.89 gm Ketamin, 194.54 gm serbuk campuran Ekstasi, dan 2.05 gm ganja.

Menurutnya, kejayaan tersebut hasil penahanan awal seorang lelaki oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pusat perniagaan berhampiran Jalan Bendahara sekitar jam 7.06 malam.

“Hasil pemeriksaan pasukan serbuan menemui tiga batang rokok berisi dadah jenis ganja seberat dua gram dan sepeket plastik lut sinar besar mengandungi enam peket plastik lut sinar kecil berisi serbuk putih disyaki Ketamin seberat 6.40 gram.

“Bertindak atas maklumat dan dipandu arah oleh suspek pertama, pasukan serbuan telah menyerbu sebuah rumah yang beralamat di Taman Desa Seri pada jam 8.15 malam dan menahan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita serta menjumpai pelbagai jenis dadah di dalam bilik tidur rumah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

RAMPAS…Hasil rampasan wang tunai

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mac 2021

Suara Sarawak