ARTIKEL

Sepak Takraw Piala Tan Sri Khalid: 23 regu rebut gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 23 regu akan berentap untuk merebut gelaran juara pada Kejohanan Sepak Takraw  Piala Tan Sri Abang Khalid Marzuki 2023 yang akan berlangsung di Dewan Sepak Takraw Kampung Bandong, Sibu dari 11 hingga 13 Ogos.

Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Fudin Chee memberitahu, regu terlibat dalam kejohanan tiga hari itu mewakili pelbagai kelab handalan di negeri ini.

Menurut Fudin, format kejohanan secara liga kumpulan dan aksi buka tirai peringkat kumpulan bermula pukul 8:00 malam esok serta disambung pada hari Sabtu.

“Perlawanan peringkat suku akhir berlangsung pada sebelah malam hari Sabtu, manakala aksi final berlangsung pada Ahad,” ujar Fudin kepada Arena Suara Sarawak.

Kejohanan terbabit dianjur oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak dengan kerjasama PSS dan Persatuan Sepak Takraw Sibu (PESTAS).

BERITA LAIN

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

BERITA TERBARU

Maul Lang puh nyapai juluk nyadi pemerindang

SYLVESTER RIANGsuarasarawak.news@gmail.com GENAP iku kitai bela ngembuan minat enggau juluk kediri empu ba sesebengkah pengawa tang ukai reti semua juluk nya ulih dikeamat baka ti