Trending

Sepak Takraw SABERKAS Piala Tellian 2022 (STC CUP): Saingan berlangsung 22 & 23 Julai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Bahagian Mukah bakal menjadi tumpuan peminat sepak takraw dengan berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw SABERKAS Piala Tellian (STC CUP) 2022.

Kejohanan akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kem Belia, Mukah bermula dari 22 hingga 23 Julai bersempena sambutan Hari Sarawak 2022.

Pengerusi Pengelola, Iszuan Haroni berkata, kejohanan adalah terbuka kepada semua pemain serta kelab yang berminat dan merupakan warganegara Malaysia.

“Kejohanan ini dianjur oleh SABERKAS Cawangan Tellian, MYTIC Mukah dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah dan ia merupakan siri kedua,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, hadiah wang tunai RM2,000 menanti pasukan yang bergelar juara.

Manakala, wang tunai RM1,000 untuk naib juara dan RM750 untuk pemenang tempat ketiga bersama.

Selain itu, kejohanan akan menggunakan format liga kumpulan di peringkat awal dan kalah singkir pada peringkat seterusnya.

Jelasnya, kepada regu serta kelab yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh berhubung terus dengan beliau ditalian 010-9700692.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 Julai 2022.

PENGERUSI PENGELOLA…Iszuan Haroni.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru