ARTIKEL

SEPANJANG JALAN SAMARANG, SOLO KE JOGJA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»Ya, kami ke Pulau Jawa lagi. Mendarat di terminal 2, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, lewat petang Sabtu awal November lepas.

Selesai jamak MaghribIsyak di musola bandara, kami bertujuh langsung mendapatkan Avanza.

Harga asal ditawarkan ulat dari lapangan terbang menuju Semarang sejauh 426 kilometer dari bandara seharga Rp2.8 juta, kemudian ditawarkan menjadi Rp2.6 juta (RM787).

Harganya dikira mahal, jika mengikut yang diberitahu pemandu kami.

“Kalau mas langsung nelefon saya, saya bisa kenakan Rp1.8 juta (RM545) aja,” ujar supir kami. Wah itu sudah untung atas angin Rp1 juta (RM300).

Malah, daripada harga Rp2.6 juta, pemandu mengaku ulat memberitahunya, “mereka” minta Rp2.2 juta sahaja daripada kami.

Ha, ha, ha…, apa-apa pun itu rezeki orang yang rajin… Perjalanan memakan masa sekitar tujuh jam dalam selangseli hujan renyai dengan hujan lebat.

Kami membatalkan singgah bermalam di Cirebon kerana mahu mengejar majlis wisuda atau konvokesyen pelajar di Yogyarkarta yang berlangsung sehari lebih awal.

Dua kali singgah makan malam dan makan lewat malam sambil berehat meredah lebuh raya Cikopo-Palimanan, pemandu menawarkan kepada kami, agar meneruskan khidmat pemanduan singgah di Surakarta atau Solo hari berikutnya kelak.

SEMALAM DI SEMARANG

Dinihari itu, dalam sejuk kota Semarang, kami mendaftar masuk tiga bilik penginapan Reddoorz untuk semalam di Sumuboto, Banyumanik, di pusat Jawa Tengah – semuanya berharga Rp852 (RM253) yang ditempah melalui aplikasi booking.com yang menawarkan pembayaran langsung di kaunter penginapan.

Asalnya kami mahu menaiki pengangkutan awam seperti bas atau kereta api sahaja, untuk merasai suasana setempat, namun pemandu kami menawarkan khidmat Rp1.5 juta (RM450) untuk jalanjalan di Semarang di luar jalan tol, langsung terus menikmati putar-putar di Surakarta atau kota Solo.

SOLO KOTA JOKOWI

Hidangan petang kami di Warung Makan Sehati Solo untuk lapan orang termasuk pemandu dengan menu cukup berbaloi hanya berharga Rp175,000 (RM53) – ada ayam atau kakap atau lele (keli) bakar yang sedap.

Rangkuman kembara di Semarang dan Surakarta atau Solo, kota kelahiran Presiden Indonesia, Joko Widodo, hanya sambil lalu di sekitar jalan utama kota serta singgah di beberapa lokasi biasa-biasa.

Kami sempat singgah di Pasar Minggu di Solo, yang petang itu tinggal hanya sisa sampah kerana pasarnya sudah berakhir awal.

Pak supir juga mengaku tidak tahu bahawa tapak wisata karaton di situ sudah lama ditutup, sejak pandemik Covid-19 tempoh hari, beritahu warga setempat.

TIGA MALAM DI YOGYAKARTA

Mengejar waktu, kerana raptai wisuda juga diawalkan, kami terus ke destinasi tujuan di penginapan Yogyakarta berdekatan Univerisiti Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga hampir tengah malam, dalam rintis hujan.

Di situ kami menginap tiga malam untuk tiga bilik di rumah inap Oyo Khazanah Yogya berharga Rp1.36 juta (RM412) ditempah melalui aplikasi booking.com.

Pagi pertama di Gendeng, Baciro, Gondukusuman, 30 minit berjalan kaki ke kampus UIN Sunan Kalijaga, kami baru menyedari penginapan kami sebenarnya terletak di pinggiran laluan kereta api Yogyakarta-Jakarta.

Sepanjang malam, berselang sekitar setengah jam, menyusur bunyi kereta api meraung dengan henyakan tanah.

Sungguh, sudah lama aku merindui suasana pinggiran kereta api, selain kerap naik kereta api Kuala LumpurButterworth atau mahu ke Sabak Bernam atau ke Johor semasa menuntut dahulu.

Sesungguhnya, laluan kereta api di situ langsung membuat kawasan di sekitarnya hidup sehingga malam.

Dari situ, kami mendapat ilham, nanti biar naik kereta api sahaja, langsung pulang ke bandara, setelah berada tiga hari di jantung Jakarta.

KERETA API MALAM

Empat hari di Yogyakarta memberi pengalaman tersendiri termasuk menjelajah malam di Malioboro dengan ramai pelancong – menaiki kereta kencana atau andong, selain makan duduk bersila di lesehan sambil mendengar dendangan pengamen jalanan.

Bahkan, sempat berurut kaki santai di kerusi rehat tepian Malioboro dengan upah Rp50,000 (RM15) untuk satu jam. Saya pernah ke Yogyakarta lebih sedekad lalu.

Hari ini, Malioboro bernafas baharu sesudah dibongkar.

Banyak perubahan, sesuai Yogyakarta sebagai kota pariwisata Indonesia. Kemudian, selesai majlis wisuda, sebelah malam kami langsung menaiki kereta api dari Stesen Lempuyangan, Yogyakarta menuju Pasar Senen, Jakarta Tengah. Tambang kelas ekonomi ialah Rp250,000 (RM75) seorang, perjalanan 9.30 malam dan sampai di stesen Pasar Senen, jam 7.30 pagi berikutnya.

Pasar Senen punya tarikan tersendiri sebagai antara pusat tertua di Jakarta.

Seperti pesawat AirAsia, pelayan turut menjual makanan dan minuman di dalam kereta api yang singgah di beberapa hentian itu.

Ada nasi goreng, teh atau kopi serta minuman tin.

Terdapat musola di dalam kereta api, tetapi menyediakan ruang untuk seorang sahaja, justeru mendirikan solat Subuh perlu bergilir.

Matahari Khamis menyuluh sinar di sebalik stesen Pasar Senen, Jakarta Tengah, yang sibuk dengan penjual ketika kami mendapatkan dua Maxim untuk menginap di Hotel Kapsul Shakti, dekat Jalan Gajah Mada.

Sudah lama saya mengidam tidur di dalam penginapan kapsul, mengenangkan jika ada kesempatan mahu kembara 5 23 Jamadilawal 1445H menempahnya ketika menjadi tamu haji di Arafah kelak.

Terdapat dua jenis bilik kapsul iaitu bilik untuk dua orang dan bilik seorang dengan khidmat wifi.

Di dalam kapsul tersedia pendingin hawa, televisyen dan kemudahan pengecas telefon serta lampu yang dikawal.

Rasanya penginapan di dalam kapsul di situ sudah beroperasi lama, justeru beberapa butang atau suis sudah tidak berfungsi dengan baik.

Di hotel sebegini, kemudahan bilik air dan musola, tentunya berkongsi dengan penghuni lain. Bagi pengembara backpacker, penginapan sebegini sesuai, selain murah, ia ringkas dan mudah.

Keesokan harinya, kami bergerak ke Tangerang dan menginap di Oyo, Jalan Rame – bilik berharga RM50 untuk dua tamu – 15 minit naik angkot (pengangkutan kota) ke Tangcity Mall, gedung besar dan mewah.

Tangerang lebih ceria, moden dan banyak bangunan baharu.

Namun, jika mahu meninjau Pasar Lama, di situ kaya pelbagai jenis kuliner. Membeli oleh-oleh di Tangcity Mall, ketika itu sedang berlangsung acara pentas selebriti Korea – demam Korea hallyu tersebar di seluruh Asia.

Di Tangcity Mall, kami sempat disapa jurujual hartanah yang mempromosikan apartmen eksklusif kategori studio senilai RM300,000 sebuah.

Tidak pasti kenapa kami dipilih oleh jurujual tersebut, namun dapat dikatakan Tangerang memang kota moden dan ke depan.

Seminggu di Indonesia, kami ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta terus ke Terminal 2, menaiki Maxim dengan tambang RM30 sebuah kereta, berangkat pulang ke Kuching pada sebelah petang.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta