ARTIKEL

Sepasang kekasih bergaduh diperintah jaga keamanan enam bulan, jaminan RM500

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sepasang kekasih bergaduh sesama sendiri hingga mengalami kecederaan, gara-gara si wanita menegur teman lelakinya yang sering menghabiskan wang untuk bermain judi atas talian.

Namun demikian, kedua-dua mereka diperintah bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM500 berserta seorang penjamin tempatan oleh Mahkamah Majistret.

Pasangan lelaki, 29 dan wanita berusia, 25, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu dalam kereta di Jalan Matang-Batu Kawa, sekitar 4.35 pagi, 25 Februari lepas.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu wanita bekerja sebagai deejay di pusat hiburan dijemput pulang oleh teman lelakinya setelah habis bekerja.

Semasa dalam perjalanan pulang, berlaku perselisihan faham antara mereka dengan teman lelakinya menumbuk mata serta menerajang badan pengadu semasa berhenti di tepi jalan.

Selain itu, pengadu wanita turut membalas tindakan kekasihnya dengan menampar kepala dan menggigit lengan serta belakang badan sebelum terjun dari kereta untuk melepaskan diri.

Akibat perbuatan kekasihnya, wanita terbabit mengalami lebam sebelah mata kanan dan calar bahagian belakang badan.

Manakala, teman lelakinya turut mengalami kecederaan lebam akibat gigitan pengadu.

Difahamkan, punca kejadian kerana pengadu menegur kekasihnya supaya berhenti bermain judi agar tidak kalah teruk dan banyak menghabiskan wang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya