ARTIKEL

polis
PDRM

Sepasang kekasih dera kanak-kanak lelaki 7 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih ditahan pada Jumaat lepas selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Pulai di sini.

Ketua Polis Daerah IPD Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata kanak-kanak itu merupakan anak kepada seorang lelaki berumur 37 tahun, manakala teman wanitanya berusia 39 tahun.

Beliau berkata kedua-dua individu itu ditahan susulan laporan polis yang diterima pada pukul 4.13 petang, hari yang sama.

“Menurut pengadu yang juga seorang wanita, dia menerima maklumat bahawa kanak-kanak itu berada dalam tandas sebuah rumah dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.

Pihak polis kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke balai polis. Terdapat kesan dipukul pada tubuh mangsa dan juga kesan pukul lama. Susulan itu, polis menahan kedua-dua pasangan kekasih berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Rahmat berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak itu didapati tidak bersekolah dan tinggal bersama bapa kandungnya serta teman wanita bapanya.

Katanya, kanak-kanak berkenaan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata kedua-dua individu itu direman sejak Jumaat lepas hingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU