ARTIKEL

Sepasang kekasih mabuk ugut bunuh warga emas, terima padah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sepasang kekasih yang dalam keadaan mabuk tergamak mengacukan senjata tajam dan mengeluarkan kata-kata ugutan bunuh ke arah seorang warga emas wanita, gara-gara enggan ditegur supaya jangan berbuat bising dan mengganggu ketenteraman jiran.

Namun demikian, tindakan tersebut membawa padah apabila Andry Jani, 27, dari Kampung Skibang, Bau, merupakan kekasih cucu pengadu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Andry mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana sengaja mengeluarkan ugutan jenayah hendak membunuh mangsa berusia 75 tahun menggunakan sebilah samurai.

Manakala, tertuduh kedua merupakan remaja perempuan berusia 18 tahun diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) di mahkamah yang sama.

Dia didakwa sengaja mendatangkan ketakutan jenayah ke atas neneknya dengan mengeluarkan kata-kata ‘pantap aku dik lagik’ yang bermaksud hendak menetak pengadu sambil memegang sebelah pisau.

Sepasang kekasih itu melakukan kesalahan terbabit di sebuah rumah Skim Penempatan Semula di Jalan Batu Kawa, sekitar jam 2 pagi, 18 Mac lepas.

Baca lain  M-FICORD ingin terapkan amalan pertanian tepat di Sarawak 

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu keluar dari bilik tidurnya hendak makan, namun dia melihat cucunya, kekasih cucunya (Andry) dan anak perempuannya sedang mabuk di ruang tamu sambil berbuat bising.

Pengadu kemudian menegur cucunya supaya jangan berbuat bising kerana jiran sebelah rumah mereka mempunyai anak kecil, tetapi dia terus dimarahi cucunya sambil diacukan sebilah pisau mengugut hendak mencederakan pengadu.

Andry yang tidak puas hati dengan pengadu lalu keluar dari rumah tersebut dan masuk semula dengan membawa sebilah samurai lalu mengacukan kepada pengadu sambil mengugut hendak membunuh pengadu.

Pengadu yang dalam ketakutan lalu lari menuju ke rumah jiran seterusnya melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kedua-dua tertuduh berjaya ditangkap pihak polis pada hari yang sama sekitar jam 8.45 malam di rumah yang sama semasa kejadian.

Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili tertuduh.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,