ARTIKEL

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz

Sepeda Amal Borneo MMA sasar kumpul RM500,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyasarkan untuk mengumpul RM500,000 menerusi Sepeda Amal Borneo edisi tahun ini.

MMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan program tahun ini akan menyaksikan 20 penunggang basikal menempuh perjalanan lebih 800 kilometer dari Miri ke Kuching dari 28 Julai hingga 3 Ogos.

Menurut persatuan itu, dana yang diraih melalui sumbangan dalam talian akan digunakan untuk program kesedaran dan saringan serviks yang dijalankan di bawah Program ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening) di Kapit, Miri, Bintulu, Kuching dan Puncak Borneo.

“Saringan telah dimulakan awal Mac tahun ini dalam kalangan komuniti kurang bernasib baik di Kapit, manakala lebih banyak saringan dirancang diadakan beberapa bulan menjelang acara berbasikal itu.

“Kanser serviks (pangkal rahim) ialah kanser ketiga paling lazim dalam kalangan wanita di Malaysia, dengan kejadian tertinggit dicatatkan di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz, berkata kesedaran mengenai kanser serviks dapat menyelamatkan nyawa kerana ia boleh dicegah dan dirawat dengan efektif sekiranya dikesan lebih awal.

Baca lain  Fadillah zahir takziah pemergian Tun Taib, kehilangan besar buat negara

“Bersama-sama dengan Yayasan ROSE, kami menumpukan usaha di Sarawak kali ini kerana ia negeri yang mempunyai kes kanser serviks tertinggi, iaitu 9.6 kes bagi setiap 100,000 wanita, menurut Laporan Pendaftaran Kanser Nasional Malaysia.

“Kadar ini membimbangkan, justeru lebih banyak usaha diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dan saringan HPV di negeri ini,” katanya.

Menurut Yayasan ROSE, seramai 1,067 wanita disaring di 33 lokasi di Sarawak pada Jun dan Julai 2023 dalam acara Sepeda Amal Borneo tahun lepas.

Hingga kini, Program ROSE telah menyaring lebih 27,000 wanita di seluruh Malaysia.

Orang ramai yang ingin menyumbang sila layari https://mma.org.my untuk butiran lanjut. – BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim