PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Serah kuasa lulus projek bawah RM50 juta perlu perincian – Fatimah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP...Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah
BERCAKAP…Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah

KUCHING: Tindakan Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak perlu dilihat secara menyeluruh.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perincian maklumat berhubung perkara tersebut penting bagi melihat adakah ia memberi manfaat kepada kementerian atau sebaliknya.

“Setakat ini, kita hanya mendengar projek di bawah RM50 juta diserah kepada Sarawak untuk mengendalikannya.

“Bagaimanapun, kita perlu tahu perincian seperti kos, bagaimana projek itu akan dilaksanakan dan adakah proses (tender) diserahkan sepenuhnya kepada agensi teknikal di Sarawak.

“Ini kita perlu lihat secara terperinci dan setelah perincian itu didedahkan, baru kita dapat komen,” katanya selepas ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Setiausaha Tetap Kementeriannya dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah menegaskan adalah lebih baik sekiranya keputusan itu merangkumi pengiktirafan agensi teknikal di Sarawak agar boleh menjalankan projek-projek persekutuan di negeri ini.

Jelasnya, perkara tersebut antara yang telah diminta oleh kerajaan negeri agar agensi teknikal Sarawak termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dapat diiktiraf.

“Maknanya jika mereka ini diiktiraf, mereka boleh menjalankan projek-projek persekutuan, itu yang kita minta sebenarnya,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan