ARTIKEL

Seramai 166 orang CeIO UNIONS ditempatkan ke pelbagai jabatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seramai 166 orang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dari Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) akan ditempatkan ke pelbagai jabatan, bahagian serta syarikat berkepentingan kerajaan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, langkah tersebut bagi memastikan integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik akan terus diamalkan oleh penjawat awam di negeri ini.

Tegasnya, kesemua pegawai terbabit dilahirkan hasil cetusan idea Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di bawah seliaan UNIONS 2018 lalu.

“Kesemua mereka (CeIO) akan ditempatkan di pelbagai kementerian, jabatan, pentadbiran bahagian, badan-badan berkanun serta beberapa syarikat berkepentingan kerajaan.

“Baru-baru ini, Kerajaan Sarawak memutuskan supaya semua laporan kewangan dan anggaran perbelanjaan dari badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas Kabinet dibawah UNIONS.

“Ia bagi tujuan semakan dan komen sebelum dihantar ke kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 7/2023 Daerah Serian di tingkat empat sebuah Hotel di daerah Serian, hari ini.

Tambahnya, langkah ini merupakan langkah proaktif kerajaan pusat bagi mengukuhkan tadbir urus dan keupayaan pengurusan dalaman sesebuah organisasi kerajaan dalam melaksanakan matlamat dan fungsi secara lebih berkesan.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu