ARTIKEL

Seramai 45,568 pemilik senapang patah di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Secara keseluruhannya terdapat sebanyak 45,568 orang pemilik senapang patah di Sarawak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat.

Menurutnya, ia susulan Kerajaan Sarawak membenarkan pemilikan senapang patah untuk diwarisi oleh kaum Dayak dengan syarat ia telah didaftarkan semula untuk menjamin serta memelihara aspek keselamatan masyarakat secara amnya.

“Namun begitu, pemohon pengguna senapang patah haruslah lulus tapisan keselamatan dan kesihatan.

“Kerajaan Sarawak amat sentiasa perihatin serta mengambil berat mengenai isu pemilikan senapang patah dalam kalangan individu sejajar dengan keperluan, budaya tempatan dan polisi semasa,” katanya.

ADUN Bukit Goram itu berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai mengenai statistik pemilik senapang patah secara keseluruhannya, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, hari ini.

Mengulas lanjut, Kerajaan Sarawak hanya membenarkan senapang patah untuk diwarisi daripada ibu bapa kepada anak lelaki atau anak perempuan sahaja.

Tambahnya, bagi Bahagian Kapit pula adalah sebanyak 5,626 individu yang memiliki senapang patah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU