ARTIKEL

Seramai 556 jadi mangsa penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian RM29 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 556 individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM29 juta, tahun ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 191 kes berbanding 365 kes yang dilaporkan tahun lepas dengan anggaran kerugian berjumlah RM12 juta.

SIDANG MEDIA… ACP Ahsmon Bajah bercakap pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra TM Berhad bersama Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di IPD Kuching di sini. – PHOTO GHAZALI BUJANG

‘’Daripada jumlah kes itu, Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuching berjaya menyelesaikan sebanyak 134 kes sehingga tahun ini.

‘’Daripada peningkatan jumlah kes yang dilaporkan dan kerugian yang dialami mangsa, ia membuktikan kes penipuan dalam talian berada pada tahap kritikal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Jalinan Mesra Telekom Malaysia (TM) Berhad IPD Kuching di sini, hari ini.

Sementara itu Ahsmon menambah, antara kes penipuan dalam talian yang banyak dilaporkan di Kuching adalah penipuan tawaran pelaburan lumayan; pembelian barangan serta tawaran pinjaman wang.

Katanya, antara cabaran utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani isu ini adalah disebabkan perkembangan teknologi masa kini yang semakin canggih sehingga modus operandi sindiket penipuan mudah untuk memperdayakan mangsanya.

Justeru, orang ramai diingatkan agar melakukan semakan dengan PDRM menerusi platform ‘Alert Scam’ dan sebagainya yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta