ARTIKEL

Serang balas Iran ke atas Israel bakal lebarkan kancah perang Timur Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Selepas serangan Israel ke atas konsulat Teheran di Damsyik, Syria, membunuh dua komander tentera Iran Isnin lepas, CIA memberi amaran Iran bertindak balas menyerang rejim itu dalam tempoh 48 jam akan datang.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menganggap tindakan kejam rejim Zionis perlu dihukum.

“Kami akan membuat mereka menyesal atas jenayah ini dan yang lain,” kata Khamenei memetik Agensi.

Portal Al Mayadeen, melaporkan bahawa Iran merancang menyerang dengan gabungan ‘hujan’ dron dan peluru berpandu ditembak dari pangkalannya di lokasi strategik Israel.

Pegawai AS turut bimbang serangan Israel itu boleh membawa kepada perang melebar di Timur Tengah.

Bekas pegawai kanan CIA di Timur Tengah, Ralph Goff risau, serangan melulu Israel itu menyebabkan Iran dan sekutunya marah.

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

BERITA TERBARU