ARTIKEL

Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto: Fail BERNAMA

Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia – TPM Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari semasa ke semasa dan sekiranya perlu ambil tindakan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari mana-mana tempat yang mempunyai risiko boleh berlaku serangan.

“Untuk rakyat Malaysia, saya nasihat elakkan dulu mana-mana tempat berisiko tinggi, sama ada Iran atau negara berdekatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, di sini hari ini.

Stesen televisyen Kerajaan Iran, Anadolu, semalam melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, dengan menyasarkan lokasi dalam wilayah yang diduduki Israel.

– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU