ARTIKEL

Palestinians perform the first Friday noon prayer of the Muslim holy fasting month of Ramadan in front of the ruins of Al-Farouq Mosque on March 15, 2024, destroyed in Israeli bombardment in Rafah in the southern Gaza Strip, amid ongoing battles between Israel and the militant group Hamas. (Photo by MOHAMMED ABED / AFP)

Serangan terbaharu bunuh 80 rakyat Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Laporan media di Gaza menyatakan bahawa Israel terus menyerang pelbagai bahagian di wilayah terkepung itu, termasuk Kem Pelarian Nusairat dan Bandaraya Gaza.

Serangan itu mengakibatkan ramai penduduk cedera dalam serangan yang menyasarkan rumah dan bangunan awam.

Tentera Israel mengebom sebuah rumah di jalan al-Jala menyebabkan ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan.

Serangan itu juga memusnahkan sebuah bangunan tujuh tingkat berhampiran Hospital alShifa di Bandaraya Gaza, mengakibatkan kematian berpuluh-puluh penduduk, dengan lebih ramai lagi terperangkap di bawah runtuhan.

Pasukan pertahanan awam Palestin mengeluarkan lima mayat penduduk daripada runtuhan bangunan itu manakala usaha menyelamat lain masih diteruskan.

Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah rumah di kawasan perumahan Tuffah di Bandaraya Gaza.

Menurut Pejabat Media kerajaan Gaza, ramai penduduk terbunuh apabila tentera Israel mengebom sebuah rumah di kawasan perumahan Nasr.

Baca lain  PM India rayu petani tamatkan protes

Tentera rejim juga menyerang sebuah rumah di Kem Pelarian Nusairat, membunuh sekurangkurangnya 36 rakyat Palestin.

Sejak 7 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 31,490 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanakkanak terbunuh di Gaza manakala 73,439 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh