ARTIKEL

Serap anggota APM secara merit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyerapan anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dilantik sebagai anggota tetap dilaksanakan secara merit.

Timbalan Menteri di Pejabat Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, penyerapan sukarelawan ini sebagai anggota tetap itu diputuskan oleh APM.

“APM telah memikirkan yang berada dalam sukarelawan, yang mempunyai kecukupan dalam latihan dan merit yang ada kita angkatkan sebagai lantikkan tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan lima buah bot penyelamat oleh DAL HCM Sdn Bhd kepada APM Sarawak di Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak (PUSPA), di sini semalam.

Sementara itu, Wilson berkata, APM menjalinkan kerjasama dengan komuniti setempat dalam usaha menyediakan mereka dengan sebarang situasi kecemasan.

“Kita ambil orang dari luar bandar untuk satu program tempoh hari di Tibau, kita ambil komuniti rumah panjang dan beri latihan kepada mereka.

“Ini salah satu hala tuju kita di APM kerana jika berlaku di kawasan pedalaman dan anggota sukarelawan kita ada di sana, mereka menjadi orang yang pertama untuk menyelamat semasa bencana berlaku di sana,” ujarnya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU