KUCHING: Op Jala akan diperluaskan ke kawasan ladang bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berada di negeri ini.
Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Datuk Mohamad Morshidi Mustapha berkata ladang-ladang yang akan dibuat serbuan sudah dikenal pasti, khususnya ladang kelapa sawit yang terletak di sempadan Sarawak – Kalimantan Barat.
“Kita masih membuat pemeriksaan di tapak pembinaan sahaja, di ladang belum lagi tetapi kita telah mengenal pasti ladang-ladang yang akan dibuat serbuan,” katanya pada sidang media Op Jala di pejabat Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Masja II di sini, hari ini.
Menurut beliau, setakat ini, Op Jala hanya dijalankan di Kuching sahaja dan sebanyak 22 tapak pembinaan termasuk 14 premis kopitiam telah diperiksa.
“Seramai 668 orang tempatan dan 625 orang warga asing termasuk Indonesia, Pakistan, India, Filipina, China dan Myanmar telah diperiksa.
“Daripada jumlah warga asing tersebut, seramai 58 orang Pati yang kesemuanya warga Indonesia telah ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan ditahan di pusat kuarantin sementara,” katanya.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my