ARTIKEL

Gambar fail | Ramidi Subari

Serian catat IPU 258 pada tahap sangat tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Serian berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 258 setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), lapan kawasan lain di Sarawak mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu Sri Aman (197), Samarahan (195), Kuching (191), Bintulu (152), Sarikei (151), Samalaju (148), Mukah (118) dan Sibu (108).

Di seluruh negara, 44 kawasan merekodkan IPU pada tahap sederhana, manakala 14 kawasan lagi pada tahap baik.

Tahap kualiti udara berdasarkan bacaan IPU ialah baik bagi bacaan sifar hingga 50, sederhana (51 hingga 100), tidak sihat (101 hingga 200), sangat tidak sihat (201 hingga 300) dan berbahaya (301 dan ke atas) seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan