ARTIKEL

Sering cakap besar, lelaki dipenjara cederakan dan ugut pemilik kedai makan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Gara-gara tidak puas hati dengan pemilik kedai makan yang sering bercakap besar, seorang penganggur lelaki tergamak melanggar meja makan menggunakan motosikal lalu mencederakan mangsa selain mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah di sebuah kedai makan di Batu 10, awal Mei lalu.

Bagaimanapun, perbuatan itu membawa padah apabila tertuduh Hirman Marty, 40, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hirman mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa berusia 37 tahun.

Manakala, pertuduhan kedua dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mencederakan mangsa yang sama menggunakan seunit kerusi hingga menyebabkan cedera sakit.

Bagi pertuduhan kedua, Hirman didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun keseksaan kerana merosakkan seunit kerusi dan dua meja makan milik mangsa yang sama hingga menyebabkan kerugian RM300.

Baca lain  Premis rokok, arak tidak bercukai di Kuching diserbu

Kesemua kesalahan itu dilakukannya dalam sebuah kedai makan di Pasar Batu 10, kira-kira jam 12.25 tengah hari, 7 Mei lalu.

Syarifah Fatimah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan bagi pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kedua tujuh bulan penjara terhadap Hirman.

Mahkamah memerintahkan tertuduh mula menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap 8 Mei lalu.

Selain itu, Syarifah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan bagi pertuduhan ketiga.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, pengadu baru hendak keluar dari kedainya tiba-tiba didatangi seorang lelaki lalu melanggar meja makan menggunakan sebuah motosikal.

Selepas itu, tertuduh lalu turun dari motosikal terus menghempaskan topi keledar atas sebuah meja berhadapan dengan pengadu.

Tertuduh mengajak pengadu bergaduh di luar premis berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata berbunyi ‘Jangan buat masalah di Sarawak, ini bukan Johor Bahru, ini Sarawak, jika kau buat masalah di Sarawak, mati kau’.

Hirman juga bertindak membaling sebuah kerusi plastik ke arah pengadu hingga menyebabkan kecederaan sakit di bahagian leher dan tangan pengadu.

Baca lain  Geng Along tumpas, ketua dan empat ahli dicekup

Bagaimanapun, pengadu tidak mempedulikan tindakan tertuduh kerana bimbang akan berlaku masalah besar.

Pengadu seterusnya membuat laporan polis selepas tertuduh beredar dari kawasan kejadian.

Tangkapan polis dilakukan terhadap tertuduh sehari selepas kejadian.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Perselisihan faham punca kes bunuh bapa saudara

MIRI: Perselisihan faham antara ahli keluarga dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki oleh anak saudaranya, sebelum mayatnya ditemukan di tepi sungai di Senadin, di sini

Polis cari pemilik kenderaan kes curi

MIRI: Pihak polis telah melancarkan Op Kesan bagi mengesan pemilik kenderaan yang digunakan dua suspek lelaki dalam satu kes kecurian yang berlaku di Kampung Tukau

Gempar jumpa mayat bayi lelaki dalam tandas masjid

KUALA BERANG: Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh