Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Serpihan logam disyaki sebahagian komponen roket China ditemukan di Miri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MIRI: Satu serpihan logam yang disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemukan di Sepupok, Niah di sini.

Komponen itu dijumpai oleh penduduk di Batu Niah, yang kemudian melaporkan kepada polis semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata hasil tinjauan awal pihaknya mendapati terdapat serpihan logam terbenam ke dalam tanah pada kedalaman lebih kurang satu meter di kawasan sekitar rumah salah seorang penduduk di situ.

“Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan asal usul logam tersebut dan telah meminta bantuan dari pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Telnologi dan Inovasi (Mosti) untuk menganalisa tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak berada di kawasan berhampiran kerana dibimbangi logam berkenaan mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan.

Alexson menambah kawasan terbabit telah dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada masa sama, katanya orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan
berita yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat serta disarankan untuk menghubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku.

Agensi Angkasa Malaysia, Mosti menerusi kenyataan semalam, mengesahkan kemasukkan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke rang udara Bumi telah dikesan berlaku pada jam 12.55 malam Sabtu lalu.

Serpihan roket berkenaan telah terbakar semasa memasuki rang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi rang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak.

Sisa serpihan yang terbakar berkenaan telah direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, kawasan antara latitud
9.1° Utara dan longitud 119.0° Timur.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News