ARTIKEL

Sertai futsal tertutup Tarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat bakal menjadi medan terbaik dalam melahirkan pemain futsal di negeri ini.

Ia dengan adanya penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup Tarat, Piala Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Kejohanan terbabit akan berlangsung di gelanggang futsal Kampung Sungai Barie, Serian pada 17 hingga 18 Jun nanti.

Pengerusi Kejohanan, Phillip Jabu menegaskan, dua kategori dipertandingkan untuk kejohanan dua hari itu iaitu lelaki dan wanita.

“Kita menyasarkan 24 pasukan bagi kategori lelaki berbanding 16 pasukan untuk kategori wanita.

“Format kejohanan adalah secara liga kumpulan untuk peringkat awal berbanding kalah singkir untuk saingan selepas itu,” tegas Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Phillip, pihaknya menyeru pasukan berminat untuk menyertai kejohanan itu dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Zainal Abidin ditalian 014-6346500 dan Jenifer ditalian 014-3710052.

“Yuran pendaftaran bagi kategori lelaki RM150, manakala yuran untuk kategori wanita pula RM100. Hadiah menarik menanti pasukan berjaya setiap kategeori,” katanya.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU