ARTIKEL

Sertai pertandingan YGXC Best Writer & Best Speaker Awards 2021 secara percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Belia Sarawak dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ‘The Youth Green X-Change (YGXC) Best Writer and Best Speaker Awards 2021’ yang akan bermula 23 Julai hingga 23 Ogos ini.

Kontroler Kualiti Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak Peggy Ronin Edin berkata, menerusi pertandingan itu golongan belia dapat menyuarakan pandangan, cadangan dan idea mereka yang bakal membawa kepada perubahan terhadap alam sekitar.

“Kami juga percaya golongan belia dapat menyumbangkan idea dari segi inovasi dan teknologi moden sekali gus dapat membantu Sarawak mencapai matlamat sebagai negeri termaju menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran program “YGXC Best Writer Award dan Best Speaker Award 2021” secara langsung menerusi Facebook, Angkatan Zaman Mansang (Azam) Sarawak, hari ini.

Pertandingan ini dibuka secara percuma kepada semua rakyat Sarawak yang berusia 15 hingga 30 tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram (YGXC Sarawak dan Azam Sarawak) atau Twitter Azam Sarawak.

 

Peggy Ronin Edin

BERITA LAIN

BERITA TERBARU