ARTIKEL

Sertai sembilan webinar mengenai kaum utama di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak sembilan siri webinar percuma mengenai pelbagai kumpulan kaum utama di Sarawak akan diadakan bermula 22 Julai ini, menerusi aplikasi Zoom.

Ceramah yang akan dianjurkan setiap minggu itu merangkumi etnik Melayu Sarawak; Kedayan; Cina; Melanau; Iban; Bidayuh; Kelabit dan Sa’ban; Lun Bawang; Tabun; Tagal dan Bisaya; Kayan dan Kenyah; serta Penan, Punan dan Ukit.

Seminar anjuran The Sarawak Initiatives (TSI) itu bakal menampilkan barisan penceramah dan penyelidik tempatan termasuk Dr Ipoi Datan, En Jayl Langub, Dr Charlie Ungang, Prof Dr Noria Tugang, Datin Dr Valerie Mashman, Dr Rosalind Wan, Cik Dora Jok, Dr Ling Huong Yian, Robinson Benedict Mugok dan Dr Nur Aida Kipli serta dikendalikan oleh Prof James Chin.

Presiden TSI, Sidi Munan berkata, pihaknya sebagai badan bukan kerajaan (NGO) tempatan komited dalam mendidik masyarakat tempatan khususnya golongan muda untuk meningkatkan pemahaman tentang identiti Sarawak.

“Ceramah pertama akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 22 Julai, tarikh yang sangat simbolik sempena 60 tahun Sarawak Merdeka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lain  Pusat penyelidikan produk kayu

Mengulas lanjut katanya, usaha itu untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakyat tentang identiti dan keunikan Sarawak, terutama golongan muda masa kini yang tidak dinafikan mempunyai pengetahuan sedikit dalam hal berkenaan.

“Malah universiti-unviversiti di negeri ini tidak menawarkan kursus mengenai kepelbagaian penduduk dan kaum.

“Justeru, kami berharap siri ceramah ini akan merangsang minat mereka terhadap kepelbagaian kumpulan etnik di Sarawak, dan juga menhargai warisan yang ada di negeri ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, mereka yang berminat untuk menyertai siri ceramah tersebut boleh menghubungi TSI secara terus di thesarawakinitiatives@gmail.com atau layari laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/thesarawakinitiatives

Sebarang pertanyaan sila hubungi TSI di talian 019-876 7928.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Kesan boikot

PERKATAAN boikot berasal daripada nama Kapten Charles Boycott, ejen tuan tanah bagi pembesar Lord Erne yang tinggal di County Mayo, Ireland. Pembesar berkenaan tidak hanya

PERKESO: Buat caruman walaupun kerja sendiri

BUKIT MERTAJAM: Golongan bekerja sendiri digesa untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang daripada sasaran