ARTIKEL

Sertai uji bakat The Voice Of Borneo Musim Ketiga 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: The Voice of Borneo Musim Ketiga (TVOB3) tahun ini dijangka mampu menarik seramai 200 peserta.

Demikian jelas Timbalan Pengerusi TVOB Jesley Jabu yang berkata program tersebut dianjurkan untuk mencari pelapis baharu dan mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan rakyat di kepulauan Borneo. 

“TVOB merupakan salah satu program kita dapat melihat peserta menyerlahkan bakat  dalam bidang nyanyian kerana TVOB sebelum ini berjaya melahirkan dua artis seperti Fadaus Stanley dan Fabian Lai,” katanya pada sidang media TVOB3, di Studio Aka Dambai Production di sini. 

Tambah Jesley, TVOB3 pada tahun ini akan membawa sedikit kelainan berbanding tahun lepas iaitu tidak terhad kepada satu tempat sahaja untuk menjalankan uji bakat. 

“Uji bakat ini akan dilakukan secara berperingkat di beberapa bahagian di Sarawak bagi memberi peluang kepada peserta untuk menyertai uji bakat di tempat yang terdekat dengan mereka

“Dalam pada itu, uji bakat pertama pula akan diadakan pada 14 April di Kota Samarahan,” ujarnya. 

Mengulas lanjut Jesley berkata, pusingan separuh akhir dijangka akan diadakan di Sibu manakala pusingan terakhir bakal diadakan di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching.

Bagi individu yang ingin menyertai TVOB, boleh layari laman Facebook The Voice Of Borneo untuk maklumat lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU