ARTIKEL

SERUAN IBADAH HAJI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebagaimana kita ketahui ibadah haji merupakan rukun kelima dalam Islam bagi yang berkemampuan.

Nabi SAW menegaskan berkenaan hal tersebut dalam sabdanya: “Islam didirikan atas lima perkara: Bersaksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh-Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah, dan berpuasa pada Ramadan.” (maksud hadis riwayat Muslim)

Maka bersempena musim Haji yang bakal tiba kita pasti melihat berpusu-pusu manusia dari seluruh dunia melaksanakan ibadah Haji tersebut di Tanah suci Makkah al-Mukarramah.

Pada tahun-tahun yang lalu kita masih dilanda wabak penyakit Covid-19 sehingga menyebabkan ibadah haji tidak dapat dilaksanakan dalam jumlah yang ramai, namun kini kebanyakan manusia mengambil peluang melaksanakan ibadah haji.

Firman Allah SWT dalam al-Quran seperti berikut: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (maksud Ali-Imran: 97)

Setiap kita pasti berkeinginan mahu menjejak kaki ke sana, namun di sinilah kita melihat keluasan fiqh iaitu meletakkan syarat bagi yang melakukan haji adalah bagi sesiapa yang memiliki kemampuan sama ada dari sudut harta, kesihatan, masa dan pelbagai. 

Baca lain  Situasi terkini di Mina

MANFAAT HAJI

Keistimewaan ibadah haji berbanding ibadah lain adalah dari sudut memberi tumpuan kepada pengisian rohani individu.

Sebagai contoh kita melihat kepada pemakaian ihram ketika ibadah tersebut membawa erti bahawa kita semua kembali ke alam fitrah dan membebaskan diri daripada kesibukan duniawi. 

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kafarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya.

Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga).” (maksud hadis riwayat Bukhari) 

Bahkan, apabila kita melihat kepada lafaz talbiah ketika melaksanakan ibadah haji yang bermaksud: Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah aku penuhi panggilan-Mu.

Aku penuhi panggilan-Mu yang tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu.

Sesungguhnya pujian dan nikmat serta kerajaan adalah milik-Mu”.

Jelas dalam lafaz tersebut mengatakan akan keikhlasan kita menyahut panggilan bukan kerana manusia, namun semata-mata kerana Allah SWT dan juga dalam lafaz tersebut menggambarkan sebenar-benar kekuasaan hanyalah milik Allah SWT.

Seterusnya kita melihat bagaimana umat Islam seluruh dunia mempamerkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, kaum, bangsa dan darjat. 

Baca lain  Kumpulan pertama 284 jemaah haji M’sia berlepas malam ini

Semua mereka bersatu atas nama Islam dan keimanan kepada Allah SWT. 

Kemudian kita dapat melihat bahawa ibadah Haji mempupuk sifat kesabaran dalam diri seseorang tatkala menempuh ujian dan cabaran ketika melakukan ibadah tersebut.

Ia melatih diri agar sentiasa disiplin dalam kehidupan kerana tanpa adanya disiplin yang tinggi amat sukar seseorang tersebut dapat melaksanakan ibadah Haji dengan sempurna. 

IBADAH KORBAN

Satu lagi ibadah yang sentiasa dilakukan oleh umat Islam ketika menjelangnya Zulhijah ialah ibadah korban. 

Bertepatan dengan sabda hadis daripada Aisyah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain menumpahkan darah (haiwan korban). 

Sesungguhnya ia datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi.

Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (maksud hadis riwayat Tirmizi).

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU