Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sesi latihan Kuching City berjalan seperti biasa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PENGURUS...Ahmad Zaki Zaidi.

KUCHING: Skuad Kuching City FC II (KC FC II) akan memanfaatkan tempoh bulan Ramadan ini untuk memperkemaskan pasukan.

Pengurusnya Ahmad Zaki Zaidi memberitahu, pendekatan tersebut penting sebagai persediaan bagi menghadapi aksi selanjutnya dalam saingan Liga Presiden 2022 selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Fokus pengemudi pasukan (Kamarudin Anuar) ketika ini terarah kepada rutin seperti biasa iaitu berlatih mengikut jadual asal,” ujar Zaki kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Zaki, sesi latihan berjalan pada waktu asal iaitu sebelah petang, namun sedikit berbeza apabila terhad kepada masa yang telah ditetapkan.

“Perubahan jadual ini sementara sahaja kerana rata-rata pemain kita menjalani ibadah puasa,” tambah beliau.

The City Boys junior yang diundi berada dalam Kumpulan C kempen Piala Presiden 2022 kini masih menghuni tangga tercorot.

Menggumpul satu mata tanpa sebarang kemenanga selepas mengharungi empat perlawanan.

PENGURUS…Ahmad Zaki Zaidi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru