Sesi pemilihan skuad Piala Presiden Kuching dilanjutkan

SESI pemilihan pemain untuk pembentukan skuad Piala Presiden Kuching City FC yang dijadual berakhir Jumaat lalu dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.

Perubahan tersebut dilakukan mengambil kira masa yang terluang, sekali gus memberi peluang yang lebih lagi odpada para pemain.

Penolong jurulatih, Zulkarnien Poasa memberitahu, masih ada masa lagi untuk menilai pemain.

“Kita ada banyak masa lagi, sebelum berakhir tarikh pendaftaran.

“Oleh itu, kita lanjutkan sesi pemilihan ini,” ujar Zulkarnien yang ditemui arena Suara Sarawak.

Katanya senarai penuh akan diketahui pada minggu pertama Mac nanti.

Seramai 38 orang pemain muda menyertai pemilihan yang bermula sejak 15 Februari lalu.

“Ramai pemain yang berpotensi, namun kita hanya pilihan mereka yang benar-benar berkualiti,” ujarnya.

Sesi pemilihan turut disertai beberapa pemain musim lalu, termasuk pemain yang dipilih melalui Siri Jelajah Sarawak Kuching City di enam bahagian pada awal hingga pertengahan Disember lalu.

Skuad kali ini diterajui oleh bekas penolong jurulatih skuad UKM FC musim lalu, Kamarudin Anuar, 50.

Beliau pernah menjadi penolong kepada Irfan Bakti ketika megemudi pasukan Terengganu (2017-2019).

Malah Kamarudin juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Felda United (2104-2016) dan beberapa lagi pasukan dalam Liga Malaysia.