SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Sesuai tanam dabai, durian di Lepong Ngemah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KANOWIT: Kawasan Lepong Ngemah dekat sini berpotensi untuk pembangunan aktiviti pertanian. Adun Ngemah Anyi Jana berkata, kawasan tersebut mampu meningkatkan lagi sosioekonomi penduduknya jika ia diuruskan secara komersial dan sistematik.

Rentetan itu, beliau mencadangkan agar penanaman pokok dabai dan durian dibangunkan di kawasan tersebut kerana ia amat bersesuaian berdasarkan faktor tanah serta keadaan geografi.

Anyi berkata demikian ketika menghadiri program bersama Jawatankuasa Pertanian Lepong Ngemah, Kanowit di sini baru-baru ini. Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Jaya Tani, Fasa Satu Lepong Ngemah, Kanowit tersebut adalah untuk membentuk satu jawatankuasa pembangunan bagi merancang aktiviti pertanian di kawasan terbabit bersama Jabatan Pertanian Kanowit.

Beliau berharap Jabatan Pertanian Daerah Kanowit memberi sokongan yang sewajarnya mengenai cadangan dan hasrat penduduk di kawasan Lepong Ngemah. Pegawai Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Kanowit Nicholas Jati, Ketua Wanita PRS Ngemah Mutang Kerani dan Pengerusi Jawatankuasa Jaya Tani Fasa Satu Lepong Ngemah, Kanowit James Tinting turut hadir.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru