Apple memperkenalkan Apple Vision Pro – set kepala komputer ruangan (spatial computer) yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan skrin maya di sekelilingnya.
Set kepala ini dilengkapi dwi-cip M2 dan R1 serta RAM 16GB untuk menjana realiti tambahan (AR – augmented reality) di sekeliling pengguna, dengan fungsi seperti wayang 180 darjah dan skrin besar untuk kegunaan kerja.

Set seberat sekitar 500 gram ini hanya dijual dengan harga AS$3,499 (RM16,000) dan Apple belum menjualnya di pasaran antarabangsa.
Dalam pasaran dunia sudah ada produk serupa iaitu PICO 4 VR (RM1,599) dan PICO Neo 3 Link (RM1,099).
Manakala produk Oculus Quest 2 turut dijual sekitar RM1,600, walaupun tidak dijual secara rasmi di Malaysia.
Produk lebih profesional, Oculus Quest Pro dijual pada harga ASD999 (RM4,600).
Sony turut mengeluarkan set kepala Sony PlayStation VR2 pada harga AS$499 (RM2,298).
Apple Vision Pro dijual di AS bermula 2024.
Di negara lain termasuk Malaysia akan menjualnya pada 2025.