ARTIKEL

Setahun sebelum Sukan Olimpik Paris, harga hotel naik mendadak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERLIN: Setahun sebelum bermulanya Sukan Olimpik di Paris, Pusat Pengguna Eropah Jerman (ECC) menasihatkan peminat supaya tidak menunggu terlalu lama untuk menempah hotel, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Harga sudah meningkat dengan mendadak,” kata seorang jurucakap ECC.

Pusat pengguna telah membuat pemantauan harga beberapa hotel di ibu negara Perancis itu sebagai perbandingan.

Pada Februari 2023, kos masih sederhana.

Mengikut pemantauan itu, penginapan berharga €900 (US$997) untuk hujung minggu yang panjang pada tahun 2023 telah meningkat kepada lebih €3,000 pada Ogos 2024.

“Sudah tentu, ia bergantung kepada penginapan tertentu, tetapi sekarang tiket pertama telah dibeli, harganya hanya akan bergerak kepada satu arah,” kata jurucakap itu.

Pada masa ini, penginapan yang berada dalam akses mudah ke tempat sukan mendapat permintaan tinggi.

Namun, masih terdapat bilik yang tersedia.

Sukan Olimpik di Paris akan bermula pada 26 Julai 2024.

Di Paris lebih 85,000 bilik hotel disediakan untuk pelawat, manakala di wilayah Île-de-France akan terdapat 75,000 bilik lagi, menurut jawatankuasa pelancongan tempatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU