Setia dengan PSB

KUCHING: Adun Opar Datuk Ranum Mina menegaskan pendirian tidak akan keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB). Malah beliau akan terus menyokong PSB walaupun bekerjasama dengan DAP.

“Kerjasama PSB dan DAP adalah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak keseluruhannya bukan seperti yang didakwa oleh Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing,” katanya yang dihubungi baru-baru ini.

Pada masa sama Ranum berkata, dia tidak akan terpengaruh dengan kenyataan bahawa mereka telah ditipu.

Beliau menyifatkan kenyataan Masing itu hanyalah pandangan peribadi beliau. Ranum mengulas mengenai kenyataan Masing yang menasihati pemimpin Dayak yang menyertai PSB agar keluar daripada parti itu.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu menerusi  satu kenyataan berkata bersimpati dengan pemimpin Dayak yang menyertai PSB.

Katanya, mereka telah ditipu dan diperdayakan oleh Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh untuk memenuhi objektif peribadinya.

Suara Sarawak