ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Setiap anak BAWA REZEKI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak.

Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga.

Setiap anak yang dilahirkan juga membawa kerahmatan dan rezeki buat pasangan tersebut.

Anak merupakan satu rezeki yang dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, jelas melalui fi rman Allah SWT: “Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (maksud al-Syura: 49)

Keperluan bagi setiap pasangan memahami dan menyedari bahawasanya anak merupakan satu amanah yang perlu dipikul serta akan dipersoalkan oleh Sang Pencipta pada hari akhirat kelak.

Persediaan menjadi ibu bapa perlu dilaksanakan dari sudut mental dan fi zikal.

Ini kerana anak merupakan satu nikmat dan pada masa yang sama, ia satu ujian terhadap mereka.

Allah SWT turut berfirman melalui kalam-Nya: “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (maksud al-Taghabun: 15)

Dalam keadaan sebegini, kita dapat lihat kesabaran mereka diuji dalam mencari rezeki terutama si ayah kerana tanggungjawab yang terletak di bahunya.

Namun, sebagai Muslim, kita semua diajar agar sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam setiap hal apatah lagi melibatkan rezeki.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu rezeki pun yang Allah berikan kepada seseorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar.” (maksud hadis riwayat al-Hakim)

REZEKI SI ANAK

Setiap daripada kita ditentukan rezekinya dan begitu juga si anak. Rezekinya juga Allah SWT tetapkan sejak lahir ke dunia ini.

Namun, ia bergantung kepada kita sebagai ibu bapa yang berusaha mencari rezeki untuk mereka.

Melalui firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.

Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

(maksud al-Israa: 31) Zaman sekarang wujud sebahagian pemikiran yang tidak mahu mempunyai anak dengan alasan si anak menyusahkan mereka dari sudut mencari rezeki dan gangguan mental kerana perlu menjaga mereka dari kecil sehingga dewasa.

Pemikiran sebegini menyerupai keadaan ketika zaman jahiliah, tatkala mereka pada zaman itu membunuh anak perempuan kerana risau anak tersebut menyusahkan mereka dan menyebabkan mereka miskin.

Setelah kedatangan Islam, maka tindakan tersebut dilarang dan ia merupakan dosa besar.

Tanggapan mereka itu bercanggah dengan fi rman Allah SWT: “Dan tiadaklah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menetapkan rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan.

(maksud al-Hud: 6) Tugas kita sebagai manusia ialah berusaha dengan sebaik mungkin dalam mencari rezeki tanpa mencampuri dengan perkara yang haram dan syubhah.

Jikalau kita meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT sudah pasti akan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya serta dipermudah segala urusan.

Yakinlah Allah SWT pasti akan membantu hamba-Nya yang sentiasa menadah tangan mengharapkan pertolongan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya