ARTIKEL

Datuk Mohd Azizulhasni Awang

Setiap negeri di Malaysia perlu punyai velodrom asas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyatakan hasratnya kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh supaya setiap negeri di Malaysia mempunyai velodrom asas seperti Velodrom Brunswick di Australia.

Mohd Azizulhasni yang diberi julukan “The Pocket Rocketman” itu berkata velodrom yang dibina pada tahun 1956 itu masih utuh sehingga hari ini dan menjadi fasiliti pelbagai guna yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“… kami pergi melawat Brunswick Velodrome iaitu velodrom asas terbuka yang juga menjadi tempat latihan saya pada waktu tertentu.

Saya sempat menyatakan impian saya kepada YB Hannah Yeoh @hannahyeoh untuk mempunyai velodrom asas seperti ini di setiap negeri di Malaysia suatu hari nanti,” katanya menerusi laman X hari ini.

Mohd Azizulhasni turut menghargai kesudian Hannah Yeoh melawat kemudahan latihannya iaitu Pusat Sukan Antarabangsa Darebin (DISC), Melbourne di Australia walaupun sibuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024.

Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan tanpa berbelah bahagi dalam persiapannya ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Baca lain  Sukan platform kerjaya

“Kami mengambil peluang untuk berbincang tentang keadaan semasa dan juga persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,