ARTIKEL

Setiap negeri perlu labur untuk bangun bakat sukan dan gapai emas Olimpik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA : Impian Malaysia untuk meraih pingat emas di peringkat Olimpik tidak akan tercapai jika semua kerajaan negeri tidak bersama-sama melabur dalam pembangunan bakat baharu sukan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.

“Kalau semuanya dilepaskan (tanggungjawab) kepada Kementerian Belia dan Sukan sahaja untuk memastikan kita dapat atlet yang bagus, mustahillah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengagihan Daging Korban di Dewan Kampung Asajaya Ulu di sini pada Selasa.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada Sabtu yang menggesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.

Menurut Hannah setakat ini hanya Sabah dan Sarawak yang dilihat banyak melabur dalam pembangunan sukan terbabit.

Abdul Karim yang bersetuju dengan gesaan Hannah berkata pencapaian tinggi dalam sukan merupakan satu cara untuk meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Ia (pembangunan bakat sukan) juga perlu dilakukan oleh kerajaan negeri, baik di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak, kerana ini (pencapaian di peringkat antarabangsa) melibatkan maruah negara,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya juga sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan bagi sukan tinju di bahagian Sri Aman untuk melahirkan petinju yang mewakili negeri dan negara.

“Saya mengakui sukan tinju disukai masyarakat di Sri Aman, sebab itulah untuk SUKMA 2024 (Sukan Malaysia) saya letakkan acara sukan tinju di Sri Aman kerana saya tahu memang ramai peminat sukan tinju di sana,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Nadin Amizah tampil memukau di Weekend Fest

PENYANYI dan artis Nadin Amizah tampil memukau pada hari kedua Weekend Fest 2024 di QBIG, Tangerang, Indonesia dengan mempersembahkan lapan buah lagu istimewa. Walaupun diiringi

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program