ARTIKEL

Setitis minyak, harum 20 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING:  Pengurus kedai Ahmed Gaharu Enterprise, Ahmed Ali Fairooz, 39, berkata, wangian sunah agak asing dan masih belum dikenali masyarakat tempatan.

Menurutnya, terdapat lebih 50 jenis wangian berasaskan gaharu dijual oleh Ahmed Gaharu Enterprise di Metrocity Matang.

Menjelas lanjut, wangian yang ada di kedainya terbahagi kepada tiga jenis iaitu minyak wangi, penyegar udara dan bukhoor atau wangian dibakar untuk mengharumkan di dalam rumah.

Selain beroperasi di premis miliknya, dia turut aktif berniaga di Pasar Malam Metrocity kerana kedainya yang baru beroperasi sekitar Julai tahun lalu belum cukup dikenali.

Pada permulaan berniaga, dia hanya berniaga di lot kedai di Emart Matang dan mengambil keputusan untuk berpindah ke Metrocity dan membuka cawangan yang lebih besar bagi memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang ke premisnya.

“Antara wangian yang mendapat tempat di hati pengguna adalah Oud Mood, Oudi, Oud 24 hour, Dar Al Hae, Harem Al-Sultan, Ajmal Ehsas Bloom, Najdia dan Romancea.

“Saya turut menjual pati minyak gaharu yang pekat, likat dan kuat baunya dengan harga sekitar RM150 untuk 10 mililiter (ml) kerana setitis minyak sahaja mampu kekal harum selama 20 jam.

“Mula-mula membuka kedai, secara keseluruhan pelanggan adalah terdiri daripada orang Melayu, namun kini sudah berubah kerana orang bukan Melayu turut berminat untuk membeli wangian gaharu ini untuk digunakan sendiri.

“Rata-rata pelanggan setia membeli wangian sunah ini berasal dari Miri, Saratok, Bintulu, Sibu malah luar Sarawak juga ada iaitu dari Kuala Lumpur yang menempah melalui Facebook dan diposkan ke tempat mereka,” katanya kepada Suara Sarawak.

Selain itu, graduan lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini berkata, kandungan semula jadi wangian gaharu ini mampu memberikan bau yang menyenangkan, sangat baik untuk mengurangkan tekanan dan memberikan tenaga yang maksimum.

 

Menariknya, orang ramai boleh memiliki tiga minyak wangi berasaskan gaharu pada harga yang berbeza iaitu, 10ml (RM10), 50ml (RM30) dan 100ml (RM150).

Tambahnya, sepanjang dua tahun berniaga wangian sunah, sambutan pelanggan terhadap produknya sangat menggalakkan kerana ramai
sudah mengetahui kelebihan wangian tersebut dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dia berharap dapat meluaskan lagi perniagaan minyak gaharu miliknya dengan membuka lebih banyak cawangan seperti di Miri, Sibu dan Bintulu.

Kunjungi laman Facebook Ahmed Gaharu untuk mengetahui lebih lanjut produk wangian kayu gaharu berkenaan.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU