KUCHING: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut positif cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu murid dilibatkan dalam kebersihan di sekolah termasuk mencuci tandas.
Menurut Menterinya Fadhlina Sidek di Facebooknya, KPM akan memperincikan cadangan tersebut dan ruang pelaksanaan yang memberikan impak dan nilai tambah kepada murid secara keseluruhan.
“Saya sambut baik saranan perdana menteri agar murid dilibatkan dalam siri pendidikan kebersihan di Sekolah.
“Sesi turun padang dan lawatan kerja di sekolah juga turut melibatkan semakan status kebersihan dan penyelenggaraan tandas,” katanya lagi.
Anwar yang pernah menjadi Menteri Pendidikan menegur mengenai kebanyakan tandas di sekolah di negara ini yang tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.