ARTIKEL

Setuju penuhi empat syarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak bersetuju dengan empat syarat ditetapkan Kementerian Kewangan terhadap dana RM1 bilion bagi membaik pulih sekolah daif di Sarawak.

Justeru, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, isu berhubung perkara itu sudah selesai dan Kerajaan Sarawak terus berkomunikasi dengan Kementerian Kewangan serta Kementerian Pendidikan bagi memastikan usaha itu direalisasikan dengan baik.

“Sebenarnya kita sudah bersetuju secara prinsip dan kita ada mesyuarat dengan Kementerian Pendidikan.

“Apa yang disebut Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) adalah betul….empat syarat itu kita setuju,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Mesra Armada Pemuda Parti PBB di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini, semalam.

Abang Johari menambah, Kerajaan Sarawak sudah menyediakan cek untuk pembayaran pertama sebanyak RM300 juta dan dana itu akan dibayar kepada Kerajaan Persekutuan jika mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Formula bayaran adalah secara berperingkat-peringkat. Untuk pembayaran pertama, Kerajaan Sarawak menyalurkan RM300 juta, pembayaran kedua RM300 juta lagi dan pembayaran ketiga RM400 juta. Keseluruhannya RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

Dana itu juga akan diurus dan dipantau sebuah jawatankuasa tiga pihak terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan dan kerajaan Sarawak.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataan menetapkan empat mekanisme perundangan kepada kerajaan Sarawak.

Pertama, Kerajaan Sarawak hendaklah membayar balik sehingga RM1 bilion daripada jumlah hutangnya kepada Kerajaan Persekutuan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan.

Ini selaras dengan penetapan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kedua, Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan jumlah sama seperti dibayar balik Kerajaan Sarawak sebagai peruntukan untuk digunakan bagi projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak.

Ketiga, kerja membaik pulih sekolah daif di Sarawak hendaklah ditawar secara tender terbuka, bagi memastikan ketelusan dan nilai berpatutan berdasarkan tatacara kewangan Kerajaan Persekutuan semasa.

Keempat, Kerajaan Persekutuan bersedia mengambil kira keutamaan Kerajaan Sarawak dalam menentukan sekolah daif untuk dibaik pulih.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga