Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

SFA tidak terburu-buru

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
CAPTION: - PRESIDEN SFA...Phillip Jabu.
PRESIDEN SFA…Phillip Jabu.

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) Phillip Jabu menegaskan, pihaknya belum dapat merungkai program yang bakal dilaksana sepanjang tahun 2023.

Sebaliknya mahu menunggu takwim badan induk tertinggi, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) terlebih dahulu.

“Memang dalam perancangan azali terdapat beberapa kejohanan serta program yang akan kita anjurkan sepanjang tahun ini.

“Bagaimanapun, kami perlu melihat takwim badan induk (FAS) terlebih dahulu bagi mengelak sebarang pertembungan,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Phillip, pihaknya tidak mahu kejohanan atau program yang dianjurkan SFA nanti terpaksa ditangguh semata-mata mahu memberi laluan kepada program badan induk tertinggi.

Dari itu katanya, biarlah kami sebagai ahli gabungan FAS mengetahui akan jadual atau rangka program terlebih dahulu.

Lantas, dapat melaksanakan program sepanjang tahun ini tanpa sebarang masalah.

Phillip akui, program sepanjang tahun 2023 FAS akan diketahui selepas Mesyuarat Agung Dwitahunan 2023-2025 yang akan berlangsung di Sarikei pada 28 Januari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian

Shereen gegar Amerika

ATLET olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di

Sambar emas ketiga

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru