SFC dan OPSB jalin kerjasama untuk program pemulihan hidupan liar

KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Orang utan Project Sdn Bhd (OPSB) menjalin kerjasama jangka panjang dengan menandatangani MoU baharu bagi mempromosikan pemuliharaan, eko-pelancongan dan program sukarelawan di Pusat Hidupan Liar Matang.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC dan Pengawal Hidupan Liar Zolkipli Mohamad Aton berkata, hubungan kerjasama antara OPSB dan SFC telah berlangsung sejak 15 tahun lepas dengan mencapai kejayaan dalam pelbagai projek.

“Projek kerjasama yang berjaya ialah lebih 100 ekor kongkang dengan 20 peratus daripada mereka dipantau melalui kolar radio dan data menunjukkan bahawa 80 peratus haiwan tersebut berjaya bertahan hidup dalam persekitaran yang baharu.

“Selain itu, projek melepaskan lima ekor tenggiling dengan pemantauan kolar radio serta 80 peratus kelangsungan hidup haiwan berkenaan diperhatikan dalam tempoh tujuh bulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, projek lain yang berjaya ialah menjaga anak lutung kelabu sehingga menjadi dewasa.

Selain itu, penglibatan lebih kurang 2,000 orang sukarelawan dalam Program Orang Hutan SFC dan OPSB sejak tahun 2005.

Pekerjaan tersebut terdiri daripada pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan untuk orang utan.

“SFC akan terus aktif dengan OPSB dalam meningkatkan kepakaran untuk pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar,” ujarnya.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Zolkipli Mohamad Aton bersama Ketua Pegawai Eksekutif OPSB Leo Biddle.