MIRI: Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) merampas 4.95 kilogram (kg) kulit tenggiling dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan ladang di Niah, pada Rabu.
SFC dalam kenyataannya hari ini berkata, serbuan telah dilakukan oleh pasukan penguatkuasa perbadanan berkenaan atas maklumat risikan yang telah diterima.
“Hasil serbuan, pasukan penguatkuasa SFC menemukan kira-kira 4.59 kg kulit tenggiling yang disimpan dalam satu bungkusan.
“Suspek berusia 32 tahun beserta barang rampasan telah dibawa ke Pejabat SFC Wilayah Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998(Bab 26).
