Trending

SFC siasat punca kematian banyak burung merpati di Tebingan Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian burung merpati dalam jumlah yang banyak di kawasan berhampiran Masjid Terapung di Tebingan Kuching, hari ini.

Menurut SFC, pihaknya telah mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian untuk mengumpul semua spesimen.

“Sampel yang dikumpul akan dihantar untuk dianalisis di makmal,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, SFC menyatakan semua merpati itu adalah jinak dan tidak disenaraikan sebagai spesies dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998. 

“Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat dan data,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru