ARTIKEL

SFC tangkap Bujang Satok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Buaya digelar Bujang Satok berjaya ditangkap di Tebingan Kuching di sini, pagi tadi.

Penangkapan buaya itu dibuat oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) susulan laporan mengenai kehadiran reptilia itu di Tebingan Kuching.

“Buaya ini masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak lima hari lepas,” kata SFC dalam kenyataan, hari ini.

Menurut SFC, buaya berukuran kira-kira 11 kaki itu sudah dihantar ke Jong Crocodile Farm untuk tindakan lanjut.

Sementara, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton bersama timbalannya, Abang Arabi Abang Aimran turut turun padang sebaik dimaklumkan mengenai penangkapan buaya itu.

Justeru, SFC berkata orang ramai yang ingin membuat laporan mengenai kehadiran buaya atau hidupan liar lain boleh menghubungi talian Hotline SFC iaitu Kuching (019-8859996), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8332737), Miri (019-8290994).

Pasukan operasi SFC berjaya menangkap buaya digelar Bujang Satok di Tebingan Kuching, pagi tadi.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan