Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

SFCF platform untuk mempromosikan produk dan budaya tempatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Rubiah (tengah), Dr Florince (dua kiri), Minos (empat kiri) bersama-sama yang lain ketika menghadiri SFCF 2022 di pusat beli belah Summer FOTO: Ghazali Bujang
Rubiah (tengah), Dr Florince (dua kiri), Minos (empat kiri) bersama-sama yang lain ketika menghadiri SFCF 2022 di pusat beli belah Summer
FOTO: Ghazali Bujang

KOTA SAMARAHAN: Festival Makanan & Kebudayaan Samarahan (SFCF) menjadi platform untuk usahawan mempamerkan produk mereka kepada orang ramai.

Sekali gus menyediakan tempat untuk peniaga tempatan mengiklan dan memasarkan produk serta mempromosikan budaya tempatan.

Rubiah bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri SFCF 2022 di pusat beli belah Summer
FOTO: Ghazali Bujang

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, festival seperti ini memberi peluang kepada usahawan tempatan menjual produk, pada masa sama menonjolkan budaya masyarakat setempat di mata dunia.

“Kita yakin bahawa aktiviti seperti ini pasti dapat membantu mengembangkan ekonomi tempatan.

“Daripada program seumpama ini, kita akan menjadi orang yang paling untung,” katanya ketika berucap pada majlis penutup SFCF di tempat letak kereta pusat beli belah Summer, di sini, semalam.

Sementara, beliau menambah bahawa penganjuran festival ini tidak akan bermakna melainkan ia disambut baik oleh masyarakat setempat.

“Acara seperti ini secara tidak langsung dapat mengekalkan hubungan persaudaraan dan hubungan baik antara satu sama lain,” ujarnya ringkas.

Beliau seterusnya memberitahu bahawa Samarahan akan mengubah wajahnya dan terus mendapat manfaat daripada pertumbuhan melalui pengukuhan operasi komersial, industri pelancongan dan perkhidmatan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan Datuk Peter Minos, Pengerusi SFCF 2022 Dr Florince Christy dan tetamu jemputan lain.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk