ARTIKEL

SGE United unggul, raih banyak hadiah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEBUYAU: Pasukan SGE United berjaya mengungguli Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Tertutup anjuran KRT Kampung Pinggan Jaya.

Kejayaan pasukan SGE United dalam pertandingan bola sepak tersebut, membolehkan mereka membawa pulang hadiah RM500, piala dan juga pingat.

Malah pasukan SGE United turut mengondol Anugerah Penjaring Terbanyak menerusi Denis Badit apabila berjaya menjaringkan 8 gol sepanjang pertandingan.

Sekali lagi Anugerah Penjaga Gol Terbaik telah dimiliki SGE United menerusi penjaga gol mereka, iaitu Tatol Man.

Manakala tempat kedua pula adalah pasukan Kasen yang turut menerima hadiah berupa wang tunai RM300, piala dan juga pingat.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada pasukan PPKPK yang turut menerima hadiah wang tunai sejumlah RM200, piala dan juga pingat.

Manakala tempat keempat ialah pasukan Red Zone yang menerima hadiah berupa pingat pertandingan.

Untuk rekod makluman, Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah Tertutup tersebut telah berjaya menghimpunkan sebanyak 20 buah pasukan yang bertanding.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Ganti SST dengan GST – Wong Ching Yong

SIBU: Kerajaan dicadangkan untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebaliknya, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Kaunselor Wong Ching Yong, mencadangkan supaya

Tun Taib tonjol Sarawak di peta dunia

KUCHING: Kepimpinan bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, berjaya menonjolkan Sarawak di peta dunia, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri

Wanita maut ditikam di Sibu

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini. Ketua Polis Daerah Sibu