PEMINAT heboh selepas bintang Bollywood, Shah Rukh Khan berkongsi kemas kini treler filem Jawan iaitu filem keduanya tahun ini tidak lama lagi.
Dalam sesi Ask SRK di Twitter minggu lalu, pelakon berusia 57 tahun itu mengesahkan bahawa treler filem yang dinanti-nantikan itu siap dan dikeluarkan mengikut jadual.
Walaupun peminat tidak sabar menunggu untuk melihat sekilas filem itu, setakat ini terdapat beberapa rakaman dan foto yang “bocor”.
Sebaik sahaja tarikh pelancaran treler Jawan diumumkan, kumpulan peminat setia SRK berkumpul untuk memulakan trend tanda pagar #JawanTrailer.
Filem Jawan bermaksud askar dalam bahasa Hindi dibintangi oleh Vijay Sethupathi dan Nayanthara.
Filem tersebut dijangka ditayangkan di pawagam pada 7 September ini.